17 August 2011
Mimpi Buaya.
Aku baru sahaja bermimpi hampir digigit buaya. maksudnya: Akan mendapat kesusahan atau masalah.
Pe lagi agaknya yang aku akan hadapi. kena bersedia dari sekarang.Tapi aku takut tak mampu nak menghadapinya. Memandangkan sekarang bulan puasa, lagi berapa hari lagi nak raya dan sekarang tengah berniaga. Pe masalah yang akan datang?
Apabila teringat akan surah Al Baqarah ayat 286: Allah tidak membebani seseorang melainkan sesuai dengan kesanggupannya. Ia mendapat pahala (dari kebajikan) yang diusahakannya dan ia mendapat siksa (dari kejahatan) yang dikerjakannya. (Mereka berdoa): "Ya Tuhan kami, janganlah Engkau hukum kami jika kami lupa atau kami tersalah. Ya Tuhan kami, janganlah Engkau bebankan kepada kami beban yang berat sebagaimana Engkau bebankan kepada orang-orang sebelum kami. Ya Tuhan kami, janganlah Engkau pikulkan kepada kami apa yang tak sanggup kami memikulnya. Beri ma'aflah kami; ampunilah kami; dan rahmatilah kami. Engkaulah Penolong kami, maka tolonglah kami terhadap kaum yang kafir." Aku jadi kuat. Aku redha walauapapun akan terjadi. akan ku cuba berlawan..
اللهـمــﮯ صلىــﮯ علىــﮯ محمـــدً وآلـﮯ محمــدَ
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
getar jemariku
ReplyDeletehari nie 23/9/2017.. mimpi lagi benda nie.. haduh
ReplyDelete