Nabi SAW pergi mengunjungi rumah anaknya Fatimah yang baru melahirkan seorang anak lelaki. Kegembiraan kelihatan di wajah baginda mempunyai cucu sebagai penyambung keturunannya nanti.
"Mana cucuku, apa nama yang kau berikan?" demikian Nabi SAW berkata sesampainya baginda di rumah Fatimah.
"Aku berikan nama 'Harba'," jawap Ali bin Abi Thalib sebagai ayah kepada cucu baginda yang baru lahir itu.
"Namai beliau Hassan." kata Nabi SAW pula.
Lalu dinamakan cucu itu dengan nama Hassan bin Ali. Nama "Harba" yang mula diberikan bapanya (Ali) bererti "peperangan". Ali, sebagai seorang mujahid memamang mengalir jiwa jihad dalam pahlawan dan sedia berjuang di medan jihad. Begitu besar dan hebat harapannya.Tetapi Nabi tidak menyetujuinya walaupun hasrat Ali itu baik. Nama Hassan yang digantikan pula membawa erti "baik" Namun Ali dan Fatimah gembira di atas kurniaan Allah itu.
Beberapa tahun kemudian Fatimah melahirkan seorang lagi anak lelaki. Bapanya Ali bin Abi Thalib memberikan nama "Harba", iaitu pengaruh jiwa jihad dalam dirinya. Ketika Nabi SAW mengunjungi mereka, Nabi bertanya "Perlihatkan cucuku kemari, apa nama yang kau berikan."
"Harba," jawap Ali bin Abi Thalib.
"Yang benar namakan beliau Hussein," jawap Nabi SAW seperti dahulu lagi mengantikan nama yang diberikan oleh Nabi SAW.
Kedua mereka Ali dan Fatimah bagaimana pun bersetuju nama baru yang diberikan oleh Nabi SAW.
Hassan dan Hussein memang dua nama yang terkenal akhirnya. Nabi SAW yang menggantikan nama "Harba" dengan nama yang tersebut yang keduanya bererti "baik". Inilah nama yang tetap terkenal.
Beberapa tahun kemudian Fatimah melahirkan seorang lagi anak lelaki dan bapanya Ali masih memberikan nama "Harba" seperti pada saudaranya Hassan dan Hussein. Nabi SAW yang mengunjungi keluarga Ali untuk melihat cucunya ketiga, seperti dahulu juga menanyakan nama yang diberikan. Ali memberitahu baginda nama cucundanya ialah "Harba". Mendengarkan itu sekali lagi baginda menukarkan dengan nama "Muhsin" iaitu bererti "Orang yang baik sikap, suka melakukan yang baik dan berkebajikan". Nama itu diterima mereka dan digunakan padanya walaupun Muhsin meninggal semasa kecil lagi.
Hassan, Hussein dan Muhsin, tiga nama yang diberikan Nabi kepada ketiga cucu baginda walaupun bapanya Ali setiap kali kelahiran cucu itu diberi nama "Harba'.
"Aku beri nama demikian menyerupai nama anak-anak Nabi Harun AS, iaitu Syabbar, Syubair dan Musyabbir," demikian penjelasan Nabi kepada Ali.
Begitulah Nabi SAW memberikan perhatian besar tentang nama. Baginda inginkan nama-nama baik bagi keluarganya erti dan mengandungi harapan baik pada diri orangnya.
Abu Musa Asy'ary dikurniakan seorang anak lelaki dan beliau memberitahu kepada Nabi SAW lalu baginda menamainya "Ibrahim" seperti nama anak baginda yang meninggal waktu kecil. Baginda turut mendoakan semoga Allah memberkatinya.
Umar bin Khathab mempunyai anak perempuan dinamakan "Ashiyah", bererti "Penderhaka". Apabila diketahui baginda maka ditukarkan dengan nama lebih baik, "Jamilah" (yang cantik).
Kamu nanti di Akhirat akan dipanggil dengan namamu dan nama ayahmu, kerana itu baikilah namamu (hendaklah memberikan nama yang baik)." Demikian Nabi SAW memberitahukan maksud nama dalam kehidupan diri seseorang.
No comments:
Post a Comment