along-lah.blogspot.com

02 May 2012

Berjumpa Seseorang Di PWTC

Selepas mendapat berita dari penulis blog Merah Silu yang beliau berada di Pesta Buku Antarabangsa 2012 di PWTC. Aku pun merasa teringin sangat nak ke sana. Tambah pula mendapat petunjuk arah nak ke tempat beliau. Lihat sini. Pada hari Ahad 29.April.2012 pun aku sampai ke ke PWTC. Puas pusing-pusing akhirnya sampai juga dekat tempat beliau. Tanpa membuang masa aku mencari buku tulis beliau. Akhirnya aku memilih untuk membeli "Berpetualang Ke Aceh: Membela Syiar Yang Asal".
Buku yang telah di beli dengan harga RM23 selepas diskaun.
Minta beliau tandatangan sikit.


Bergambar untuk kenang-kenangan

Bahan bukti yang mengatakan telah di tandatangan.

Akhirnya dapat juga aku berjumpa dengan penulis buku dan blog Radzi Sapiee atau nama penanya Merah Silu. Terima kasih tak terhingga kepada beliau.

2 comments: