along-lah.blogspot.com

07 December 2012

Doa Kumayl


Dengan nama Allah Yang Maha Pengasih dan Maha Penyayang
Sampaikan shalawat kepada Rasulullah dan keluarganya

Ya Allah, aku bermohon kepada-Mu, dengan rahmat-Mu yang meliputi segala sesuatu
dengan kekuasaan-Mu yang dengannya Engkau taklukkan segala sesuatu
dan karenanya merunduk segala sesuatu dan karenanya merendahkan segala sesuatu
dengan kemuliaan-Mu yang mengalahkan segala sesuatu
dengan kekuatan-Mu yang tak tertahankan oleh segala sesuatu
dengan kebesaran-Mu yang memenuhi segala sesuatu
dengan kekuasaan-Mu yang mengatasi segala sesuatu
dengan wajah-Mu yang kekal setelah punah segala sesuatu
dengan asma-Mu yang memenuhi tonggak segala sesutu
dengan ilmu-Mu yang mencakup segala sesuatu
dengan cahaya wajah-Mu yang menyinari segala sesuatu

Wahai Nur, wahai Yang Mahasuci!

Wahai Yang Awal dari segala yang awal!
Wahai Yang Akhir segala yang akhir!

Ya Allah, ampunilah dosa-dosaku yang menuruntuhkan penjagaan.
Ya Allah, ampunilah dosa-dosaku yang mendatangkan bencana.
Ya Allah, ampunilah dosa-dosaku yang merusak karunia
Ya Allah, ampunilah dosa-dosaku yang menahan doa
Ya Allah, ampunilah dosa-dosaku yang merunkan bala’
Ya Allah, ampunilah segala dosa yang telah kulakukan
dan segala kesalahan yang telah kukerjakan
Ya Allah, aku datang menghampiri-Mu dengan zikir-Mu,
aku memohon pertolongan-Mu dengan diri-Mu,
aku bermohom pada-Mu dengan kemurahan-Mu,
dekatkan daku keharibaan-Mu,
sempatkan daku untuk bersyukur pada-Mu,
bimbinglah daku untuk selalu mengingat-Mu.
Ya Allah, aku bermohon pada-Mu dengan permohonan hamba yang rendah, 
hina dan ketakutan,
maafkan daku, sayangi daku, 
dan jadikan daku ridha dan senang pada pemberian-Mu.
dan dalam segala keadaan tunduk kepada-Mu

Ya Allah, aku bermohon pada-Mu
dengan permohonan orang yang berat keperluannya
yang ketika kesulitan menyampaikan hajatnya pada-Mu
yang besar kedambaannya untuk meraih 
apa yang ada di sisi-Mu

Ya Allah, mahabesar kekuasaan-Mu, 
mahatinggi kedudukan-Mu,
selalu tersembunyi rencana-Mu, selalu tampak kuasa-Mu
selalu tegak kekuatan-Mu, selalu berlaku kodrat-Mu
tak mungkin lari dari pemerintahan-Mu

Ya Allah, tidak kudapatkan pengampunan bagi dosaku,
tiada penutup bagi kejelekanku,
tiada yang dapat menggantikan
amalku yang jelek dengan kebaikan,
melainkan Engkau, Tiada Tuhan kecuali Engkau
Mahasuci Engkau dengan segala puji-Mu

Telah aku aniaya diriku
telah berani aku melanggar, karena kebodohan,
tetapi aku tenteram,karena bersandar pada sebutan-Mu dan karunia-Mu padaku
Ya Allah, Pelindungku,
betapa banyak kejelekan telah Kaututupi,
betapa banyak malapetaka telah Kauatasi, 
betapa banyak rintangan telah Kausingkirkan,
betapa banyak bencana telah Kautolakkan,
betapa banyak pujian baik yang tak layak bagiku telah Kausebarkan.

Ya Allah, besar sudah bencanaku, 
berlebihan sudah kejelekan keadaanku,
rendah benar amal-amalku, berat benar belenggu (kemalasanku).
Angan-angan panjang telah menahan manfaat dari diriku,
dunia dengan tipuannya telah memperdayaku,
dan diriku (telah terpedaya) karena ulahnya, dan karena kelalainku.

Wahai Junjunganku, 
aku bermohon pada-Mu dengan segala kekuasaan-Mu,
jangan Kaututup doaku karena kejelekan amal dan perangaiku

02 May 2012

Ke PWTC Lagi

Bersambung dari "Berjumpa Seseorang Di PWTC". Selepas membaca buku "Berpetualang Ke Aceh: Membela Syiar Yang Asal" rasa tak puas hati pulak. Apabila buku itu adalah sambungan dari buku "Berpetualang Ke Aceh: Mencari Diri Dan Erti". 'Ini tak boleh jadi, aku mesti kena beli buku tu jugak'. Isnin, 1.Mei.2012 aku pun ke Pesta Buku Antarabangsa 2012 di PWTC. Mesti kena beli. Gaji pun dah dapat. Apa lagi. Borong la..

Lebih kurang pukul 4 petang pun, aku sampai la di hadapan pintu masuk PWTC. Jom masuk ke dalam..
Buku-buku di Pustaka Darussalam

Buku-buku berunsur keagamaan


Untuk kaki-kaki novel.

Ada diskaun RM4.

Telaga Biru

Naik keatas. Nampaknya ramai juga orang nie.


Penerbitan Pelangi.

Hah! sampai dah tempat yang nak dituju. kedai yang bernama KERNADYA. Nampak ada buku yang aku nak tu.
Tapi si Penulisnya tidak ada, kerna di beritahu dia nak ke luar negara. Ada projek la tu.. Tapi ada seorang penulis novel lain 'Mimie Afinie'. Waa.. nak tandatangan jugak boleh?

Penulis novel Mimie Afinie tengah tandatangan.
Selesai membeli buku "Berpetualang Ke Aceh: Mencari Diri Dan Erti", tiba la masa nak balik rumah.. Tak sabar nak baca dah nie. Jom..

Alamak! Hujan pulak.. Macam mana nie?

Ah! baca dulu la. Sambil tunggu hujan berhenti. Kononnya la..

Tunggu lebih kurang sejam, aku pun redah jugak hujan tu. Sampai rumah pun pukul 8 malam dah. Basah lencun la jawapnya. Pulun sangat!!! Tak sabar nak baca. Sekarang dah pukul 3.04 pagi. Baru baca muka surat 13. Hah! pukul 3 pagi dah? Esok nak kerja. Bagun lambat lagi la nampaknya. Gatai sangat nak update blog. Amik kau!! Ok la.. Nak pegi Setting tempat tidur dulu. Ada masa aku merapu lagi la kt blog nie. hahaha!!! Sat nak tunjuk buku-buku yang telah di borong tadi..




Berjumpa Seseorang Di PWTC

Selepas mendapat berita dari penulis blog Merah Silu yang beliau berada di Pesta Buku Antarabangsa 2012 di PWTC. Aku pun merasa teringin sangat nak ke sana. Tambah pula mendapat petunjuk arah nak ke tempat beliau. Lihat sini. Pada hari Ahad 29.April.2012 pun aku sampai ke ke PWTC. Puas pusing-pusing akhirnya sampai juga dekat tempat beliau. Tanpa membuang masa aku mencari buku tulis beliau. Akhirnya aku memilih untuk membeli "Berpetualang Ke Aceh: Membela Syiar Yang Asal".
Buku yang telah di beli dengan harga RM23 selepas diskaun.
Minta beliau tandatangan sikit.


Bergambar untuk kenang-kenangan

Bahan bukti yang mengatakan telah di tandatangan.

Akhirnya dapat juga aku berjumpa dengan penulis buku dan blog Radzi Sapiee atau nama penanya Merah Silu. Terima kasih tak terhingga kepada beliau.

25 March 2012

Rumah Cahaya Kampung Sungai Tengas.

  Rumah Cahaya Kampung Sungai Tengas terletak di dalam daerah Kulim, Kedah. 23km dr pusat bandar. Penghuninya adalah warga-warga emas. Hanya mempunyai 12 biji rumah. Rumah-rumah ini telah di bangunkan oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat Daerah Kulim.


Pada 5.Julai.2011, Rumah Cahaya Kampung Sungai Tengas telah bertukar wajah. Kegembiraan jelas terpancar di wajah penghuni-penghuni di situ. 

Bergambar untuk Kosmo.

Jom kita lihat wajah Rumah Cahaya Kampung Sungai Tengas.

Bahagian Ruang Tamu.



Di dalam bilik tidur.

Di bahagian dapur

Di bahagian belakang rumah.


Jika anda melalui kawasan daerah Kulim. Tidak salah untuk berhenti beramah mesra atau bertanya khabar kepada warga tua di situ.