along-lah.blogspot.com

02 May 2012

Ke PWTC Lagi

Bersambung dari "Berjumpa Seseorang Di PWTC". Selepas membaca buku "Berpetualang Ke Aceh: Membela Syiar Yang Asal" rasa tak puas hati pulak. Apabila buku itu adalah sambungan dari buku "Berpetualang Ke Aceh: Mencari Diri Dan Erti". 'Ini tak boleh jadi, aku mesti kena beli buku tu jugak'. Isnin, 1.Mei.2012 aku pun ke Pesta Buku Antarabangsa 2012 di PWTC. Mesti kena beli. Gaji pun dah dapat. Apa lagi. Borong la..

Lebih kurang pukul 4 petang pun, aku sampai la di hadapan pintu masuk PWTC. Jom masuk ke dalam..
Buku-buku di Pustaka Darussalam

Buku-buku berunsur keagamaan


Untuk kaki-kaki novel.

Ada diskaun RM4.

Telaga Biru

Naik keatas. Nampaknya ramai juga orang nie.


Penerbitan Pelangi.

Hah! sampai dah tempat yang nak dituju. kedai yang bernama KERNADYA. Nampak ada buku yang aku nak tu.
Tapi si Penulisnya tidak ada, kerna di beritahu dia nak ke luar negara. Ada projek la tu.. Tapi ada seorang penulis novel lain 'Mimie Afinie'. Waa.. nak tandatangan jugak boleh?

Penulis novel Mimie Afinie tengah tandatangan.
Selesai membeli buku "Berpetualang Ke Aceh: Mencari Diri Dan Erti", tiba la masa nak balik rumah.. Tak sabar nak baca dah nie. Jom..

Alamak! Hujan pulak.. Macam mana nie?

Ah! baca dulu la. Sambil tunggu hujan berhenti. Kononnya la..

Tunggu lebih kurang sejam, aku pun redah jugak hujan tu. Sampai rumah pun pukul 8 malam dah. Basah lencun la jawapnya. Pulun sangat!!! Tak sabar nak baca. Sekarang dah pukul 3.04 pagi. Baru baca muka surat 13. Hah! pukul 3 pagi dah? Esok nak kerja. Bagun lambat lagi la nampaknya. Gatai sangat nak update blog. Amik kau!! Ok la.. Nak pegi Setting tempat tidur dulu. Ada masa aku merapu lagi la kt blog nie. hahaha!!! Sat nak tunjuk buku-buku yang telah di borong tadi..




Berjumpa Seseorang Di PWTC

Selepas mendapat berita dari penulis blog Merah Silu yang beliau berada di Pesta Buku Antarabangsa 2012 di PWTC. Aku pun merasa teringin sangat nak ke sana. Tambah pula mendapat petunjuk arah nak ke tempat beliau. Lihat sini. Pada hari Ahad 29.April.2012 pun aku sampai ke ke PWTC. Puas pusing-pusing akhirnya sampai juga dekat tempat beliau. Tanpa membuang masa aku mencari buku tulis beliau. Akhirnya aku memilih untuk membeli "Berpetualang Ke Aceh: Membela Syiar Yang Asal".
Buku yang telah di beli dengan harga RM23 selepas diskaun.
Minta beliau tandatangan sikit.


Bergambar untuk kenang-kenangan

Bahan bukti yang mengatakan telah di tandatangan.

Akhirnya dapat juga aku berjumpa dengan penulis buku dan blog Radzi Sapiee atau nama penanya Merah Silu. Terima kasih tak terhingga kepada beliau.