along-lah.blogspot.com

11 January 2011

Kesal

Berulang kali ku cuba mengerti
Namun kau tak pernah untuk menyedari
Walaupun akhirnya semua kan berlalu
Hadapi kenyataan
Biarpun penuh berduri
Harusku hadapi

Tuk sejenak diri lupakan problema
Agar lepas dari segala prasangka
Aku cuba berlari
Ikuti langkahku
Menyongsong matahari
Biarlah kan ku tempuh
Jalan hidup sendiri

Tanpa engkau lagi ingin kubuktikan semua
Bahwa diri ini bukanlah sekadar
Boneka yang dapat kau jadikan mainan

Resahku kerna dia
Kesalku kerna dia
Harapan hidup berdua
Ternyata sia-sia

Resahku kerna dia
Kesalku kerna dia
Lebih baik putus saja
Daripada tersiksa
Hidupku jadinya
O...O...O...

10 January 2011

Nama Yang Baik Dalam Harapan


  Nabi SAW pergi mengunjungi rumah anaknya Fatimah yang baru melahirkan seorang anak lelaki. Kegembiraan kelihatan di wajah baginda mempunyai cucu sebagai penyambung keturunannya nanti.

     "Mana cucuku, apa nama yang kau berikan?" demikian Nabi SAW berkata sesampainya baginda di rumah Fatimah.

     "Aku berikan nama 'Harba'," jawap Ali bin Abi Thalib sebagai ayah kepada cucu baginda yang baru lahir itu.

     "Namai beliau Hassan." kata Nabi SAW pula.
  Lalu dinamakan cucu itu dengan nama Hassan bin Ali. Nama "Harba" yang mula diberikan bapanya (Ali) bererti "peperangan". Ali, sebagai seorang mujahid memamang mengalir jiwa jihad dalam pahlawan dan sedia berjuang di medan jihad. Begitu besar dan hebat harapannya.

  Tetapi Nabi tidak menyetujuinya walaupun hasrat Ali itu baik. Nama Hassan yang digantikan pula membawa erti "baik" Namun Ali dan Fatimah gembira di atas kurniaan Allah itu.

  Beberapa tahun kemudian Fatimah melahirkan seorang lagi anak lelaki. Bapanya Ali bin Abi Thalib memberikan nama "Harba", iaitu pengaruh jiwa jihad dalam dirinya. Ketika Nabi SAW mengunjungi mereka, Nabi bertanya "Perlihatkan cucuku kemari, apa nama yang kau berikan."

     "Harba," jawap Ali bin Abi Thalib.
     "Yang benar namakan beliau Hussein," jawap Nabi SAW seperti dahulu lagi mengantikan nama yang diberikan oleh Nabi SAW.

  Kedua mereka Ali dan Fatimah bagaimana pun bersetuju nama baru yang diberikan oleh Nabi SAW.

  Hassan dan Hussein memang dua nama yang terkenal akhirnya. Nabi SAW yang menggantikan nama "Harba" dengan nama yang tersebut yang keduanya bererti "baik". Inilah nama yang tetap terkenal.
  Beberapa tahun kemudian Fatimah melahirkan seorang lagi anak lelaki dan bapanya Ali masih memberikan nama "Harba" seperti pada saudaranya Hassan dan Hussein. Nabi SAW yang mengunjungi keluarga Ali untuk melihat cucunya ketiga, seperti dahulu juga menanyakan nama yang diberikan.  Ali memberitahu baginda nama cucundanya ialah "Harba". Mendengarkan itu sekali lagi baginda menukarkan dengan nama "Muhsin" iaitu bererti "Orang yang baik sikap, suka melakukan yang baik dan berkebajikan". Nama itu diterima mereka dan digunakan padanya walaupun Muhsin meninggal semasa kecil lagi.

  Hassan, Hussein dan Muhsin, tiga nama yang diberikan Nabi kepada ketiga cucu baginda walaupun bapanya Ali setiap kali kelahiran cucu itu diberi nama "Harba'.

     "Aku beri nama demikian menyerupai nama anak-anak Nabi Harun AS, iaitu Syabbar, Syubair dan Musyabbir," demikian penjelasan Nabi kepada Ali.

  Begitulah Nabi SAW memberikan perhatian besar tentang nama. Baginda inginkan nama-nama baik bagi keluarganya erti dan mengandungi harapan baik pada diri orangnya.

  Abu Musa Asy'ary dikurniakan seorang anak lelaki dan beliau memberitahu kepada Nabi SAW lalu baginda menamainya "Ibrahim" seperti nama anak baginda yang meninggal waktu kecil. Baginda turut mendoakan semoga Allah memberkatinya.

  Umar bin Khathab mempunyai anak perempuan dinamakan "Ashiyah", bererti "Penderhaka". Apabila diketahui baginda maka ditukarkan dengan nama lebih baik, "Jamilah" (yang cantik).

  Kamu nanti di Akhirat akan dipanggil dengan namamu dan nama ayahmu, kerana itu baikilah namamu (hendaklah memberikan nama yang baik)." Demikian Nabi SAW memberitahukan maksud nama dalam kehidupan diri seseorang.

05 January 2011

Suka Duka


  Allah telah mengurniakan Nabi SAW dengan tujuh orang anak iaitu tiga lelaki dan empat perempuan. Lelakinya diberi nama: Kassim, Abdullah dan Ibrahim, manakala yang perempuan bernama: Zainab, Rukayah, Ummu Kaltsum dan Fatimah. Kesemua anak-anak ini lahir dari isteri pertama baginda iaitu Khadijah binti Khuwailid, kecuali Ibrahim lahir dari ibunya Mariyah Qibthiyah.
  Anak-anak lelaki baginda dari Khadijah telah meninggal semasa kecil lagi. Begitu juga Ibrahim meninggal dunia ketika berusia belum sampai dua tahun. Anak-anak baginda yang perempuan terus dipanjangkan umur dan dapat menyaksikan perjuangan ayahanda mereka sebagai Rasul Allah dan Ketua Negara.
  Anak-anak Rasulullah telah disebut sebagai anak-anak pilihan dari Allah yang bagus rupanya dan baik kelakuan. Walaupun anak kepada Nabi Allah manakala ibunya adalah hartawan Mekah yang terkenal, namun mereka tetap sebagai anak yang selalu merendah hati dan tidak angkuh. Mereka dididik dengan sempurna di rumah keluarga Nabi SAW iaitu tempat terpancarnya uswah, ikutan yang baik bagi orang ramai.
  Mereka semua meningkat dewasa dan akhirnya berumahtangga. Kini Nabi mempunyai cucu-cucu, ada yang meninggal sewaktu kecil dan ada yang panjang usianya.
  Di antara cucu-cucu baginda yang terkenal ialah Hassan dan Hussein dari ibunya Fatimah yang bersuamikan Ali bin Abi Thalib. Dari Fatimah juga lahir cucu-cucu perempuan iaitu Ruqayah, Zainab dan Ummu Kaltsum dan dari merekalah berkembangnya keturunan Nabi SAW.
  Cucu-cucu lain baginda yang lain ialah Umamah dari ibunya Zainab dan bapanya Abu Ash bin Rabi'. Cucunya yang bernama Abdullah telah meninggal di Habsyah semasa kecil lagi, ibubapanya ialah Ruqayah dan Utsman bin Affan.

 Berikut adalah beberapa kisah Nabi bersama-sama cucu-cucunya:
  Pada suatu hari Nabi SAW sedang bersujud dalam salatnya. Datang Hassan yang masih kecil lalu menaiki di belakangnya seolah beliau menunggangi kuda. Nabi SAW terus diam dalam berkeadaan sujud sehingga Hassan beralih dari belakangnya. Para sahabat yang melihat tertanya-tanya dalam hati betapa lemah-lembutnya baginda dengan anak kecil.

  "Lama sekali engkau sujud?" demikian tanya sahabat.
  "Cucuku ini menunggangi belakangku. Aku tidak suka cepat-cepat bangun," jawap Nabi SAW.

  Suatu ketika yang lain, baginda membawa Umamah yang masih kecil semasa melakukan salat Umamah diletakkan di bahu semasa berdiri salat dan sewaktu ruku, anak itu diletakkan ke bawah. Pada masa baginda tegak kembali. Umamah pun baginda angkat semula ke atas bahunya.
  Suatu hari baginda kembali dari pasar bersama Abu Hurairah, lalu baginda terus ke masjid. Sambil itu baginda meminta diambilkan cucunya kepada Abu Hurairah. Abu Hurairah pun segera pergi memanggilnya dan datanglah Hassan. Baginda pun segera memeluknya seraya mencium dengan penuh kasih sayang.
  Para sahabat juga mencontohi Nabi SAW dan sering memangku cucu-cucu Nabi dan begitu juga mereka berlemah lembut dengan anak-anak.
  Anak baginda Fatimah yang bersuamikan Ali bin Abi Thalib sebagai penerusnya keturunan baginda. Bagaimana kedudukan Nabi SAW., Fatimah membawa dirinya dengan penuh kesederhanaan hidup. Walaupun harta benda melimpah datang ke Madinah kerana luasnya pengaruh Islam, namun Fatimah tidak tengelam punca atau mempergunakan kedudukan ayahnya untuk mempermewahkan diri dan keluarganya. pernah beliau mengalami lapar sehingga susut wajahnya. Imran bin Hussein yang melihatnya berasa amat kasihan bagaimana anak Rasulullah mendapat derita sedemikian rupa. Malah tanggannya pecah-pecah kerana banyak menumbuk bahan makanan yang dibuat sendiri.
  Baginda Rasulullah mengetahui hal ini tetapi baginda tidak mempergunakan kedudukannya untuk melebihkan Fatimah dari orang lain. kerana tidah ada hak yang dapat diberikan maka tidak akan memberikan sesuka hatinya. Keluarga Nabi SAW tidak boleh menerima sedekah sehingga tidak juga boleh sewenang-wenang memberi dan menerima. Mereka hanya boleh menerima hadiah kerana hadiah itu datang atau diberikan kerana sangat cinta atau sayang kepada seseorang. Tetapi sedekah dan Zakat mempunyai fungsi yang berlainan, iaitu pembersihan harta seseorang dari kotoran-kotoran yang mungkin ada dari pengumpulan harta kekayaan. Keluarga Nabi SAW tidak boleh menerimanya.
  Maka bagi menghadapi kelaparan dan kesengsaraan, baginda telah memberikan doa kepada Fatimah agar dibacanya apabila mengalami keadaan demikian itu. Sebagai sorang puteri Rasul, Fatimah tidak sunyi dari derita dan sengsara dalam kehidupannya . kerana itu beliau telah mendapat julukan sebagai pemuka wanita Muslimah, wanita ahli Syurga.

Jangan Putuskan Silaturahmi

  Janganlah engkau sekali-kali memutuskan tali silaturahmi.  Sebab kerabat adalah beg yang bergelantungan di 'Arsy yang berkata, "Ya Allah, ya Tuhanku, sambunglah silaturahmi dengan orang yang telah menjalin hubungan denganku dan putuskanlah hubungan orang yang memutuskan hubungan denganku." Imam Ja'far al-Shadiq berkata, "Kelak di hari kiamat, kerabat akan bergantungan di 'Arsy seraya berkata, 'Ya Allah, ya Tuhanku, sambunglah tali silaturahmi dengan orang yang telah menjalin hubungan denganku, dan putuskanlah hubungan orang yang telah memutuskan hubungan denganku."


 Aku telah merasakan sesuatu yang luar biasa dan bermanfaat besar dari silaturahmi apalagi memutuskan hubungan kekerabatan. Sungguh, janganlah engkau melakukannya. Sebaiknya engkau memaafkan mereka yang telah memutuskan hubungan denganmu.


 Wahai temanku, hendaknya engkau memperhatikan keadaan orang-orang yang memerlukan. Terlebih jika mereka adalah kaum kerabat dan tetanggamu. Nescaya engkau akan memperoleh kemulian baik di dunia mahupun akhirat. Jagalah dirimu dari berbagai gangguan mereka. Nescaya Allah SWT akan rela terhadapmu. Imam Ja'far al-Shadiq berkata, "Nabi Ya'qub as diuji Allah SWT dengan hilangnya Yusuf as kerana kelalaian beliau terhadap salah seorang sahabatnya ketika menyembelih seekor kambing gemuk." Dalam riwayat lain disebutkan bahwa dikeranakan Nabi Ya'qub lalai kepada tetangga yang berada dalam kesusahan, yang tak punya makanan apapun untuk berbuka puasa, Allah SWT memberinya cubaan dengan menhilangkan Yusuf. Imam Ja'far al-Shadiq berkata, "Nabi Ya'qub as diuji Allah dengan hilangnya Yusuf as kerana kelalaian beliau terhadap salah seorang sahabatnya sewaktu menyembelih seekor kambing gemuk. Beliau lalai dan tidak memberi daging sembelihannya kepada sahabatnya itu yang sedang bingung lantaran tak punya apapun untuk berbuka. Setelah berlalunya kejadian itu, hampir setiap pagi terdengar seseorang meneriakan perkataan, 'Barangsiapa tidak berpuasa, lihatlah makan siangnya Ya'qub. Begitu pula di petang harinya, "Barangsiapa berpuasa, lihatlah buka puasanya Ya'qub."' Imam Ali Zainal Abidin bin Husain al-Sajjad berkata, "Ketika mendengar perkataan mereka(anak-anaknya) Ya'qub memohon perlindungan kepada Allah SWT, bersedih hati, dan menangis, lalu menyebutkan apa yang telah diwahyukan Allah SWT kepadanya agar selalu bersedia menghadapi musibah dan tunduk kepadanya. Lalu mereka berkata: Sebenarnya dirimu sendirilah yang memandang baik perbuatan (buruk) itu. (Yusuf:18)